Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia
Kelas                                       :
1 
Tarikh                                     :
12  Oktober 2011
Masa                                       :
11:30-12:30 pm
Bilangan Murid      : 16 orang
Tema                                       :
Mari Bertani
Tajuk                                       :
Buah-Buahan Tempatan
Fokus Utama                          :
Standard Kandungan   :       2.2   Membaca & memahami perkataan, frasa  dan ayat daripada pelbagai sumber dengan
sebutan 
yang
betul.
Standard Pembelajaran:       2.2.3 Membaca dan memahami ayat  tunggal daripada pelbagai bahan bacaan dengan
sebutan yang 
betul.
Fokus Sampingan :
Standard Kandungan   :       3.3   Membina dan menulis perkataan , frasa dan
ayat dengan betul.
Standard Pembelajaran:       3.3.2  Membina dan
menulis perkataan yang mengandungi diftong, vokal berganding, diagraf dan 
konsonan
bergabung dengan betul.
Objektif                   :
Pada akhir pelajaran, murid-murid berupaya;
1)     Membaca
lima ayat tunggal daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.
2)     Membina
dan menulis lima perkataan dan ayat dengan betul.
Pengetahuan sedia ada  : 
a)     Murid-murid
sudah mengenali pelbagai jenis buah-buahan.
b)     Murid-murid
boleh menyebut dan mengeja nama buah-buahan
Pengisian Kurikulum                             
Ilmu         :
sains, muzik dan kesihatan
Kbt           :
menjana idea, mengelaskan ,meramal
Nilai Murni              :
kerjasama, patuh arahan
Sistem Bahasa       :
Kata nama am, kata adjektif, ayat tunggal
Bahan Bantu mengajar : kad gambar, kertas
majong, pen marker, kad perkataan
Langkah 
 | 
  
Isi kandungan 
 | 
  
Aktiviti 
 | 
  
Catatan 
 | 
 |||||||||||
Aktiviti guru 
 | 
  
Aktiviti
  murid 
 | 
 |||||||||||||
Set induksi  
 (5minit) 
 | 
  
Buah –buahan 
1.    
  Mangga 
2.    
  Langsat 
3.    
  Betik 
4.    
  jambu 
 | 
  
1.Guru menunjukkan kotak ajaib kepada murid-murid. 
2. Guru memilih murid secara rawak untuk mengambil
  barang yang terdapat di dalam kotak. 
3. Guru meminta murid-murid menyebut dan mengeja
  secara menyeluruh. 
4. Guru membimbing murid-murid mengaitkan dengan isi
  pelajaran. 
 | 
  
1.
  Murid-murid meneka benda yang terdapat di dalam kotak tersebut secara
  menyeluruh. 
2. Murid yang
  dipanggil tampil ke depan dan mengambil benda yang terdapat di dalam kotak
  dan menunjukkan di hadapan kelas.  
3. 
  Murid-murid mengeja secara beramai-ramai. 
4.
  Murid-murid mengaitkan dengan isi pelajaran. 
 | 
  
SB: kata nama  
Bbm :  kotak ,bauh tiruan  
Ilmu : Pendidikan Kesihatan 
KB: meramal 
 | 
 ||||||||||
Langkah 1 
 (10 minit) 
 | 
  
Contoh kad gambar 
![]() ![]() 
Kad perkataan  
  | 
  
1.    
  Guru memilih murid-murid secara rawak untuk
  mengambil kad gambar dan kad perkataan. 
2.    
  Guru meminta murid-murid mengeja, membaca secara
  lisan nama buah-buahan. 
3.    
  Guru memilih murid-murid secara rawak untuk
  mengelaskan buah-buhan. 
4.    
  Guru memurnikan jawapan murid- 
5.    
  murid. 
 | 
  
1.      
  Murid-murid mengambil kad gambar dan kad perkataan
  yang ditunjukkan oleh guru. 
2.      
  Murid-murid mengeja secara lisan secara individu dan
  beramai-ramai. 
3.      
  Murid-murid mengambil kad perkataan yang telah
  disebut oleh guru dan melekatkan kad perkataan tersebut sama ada buah-buhan
  tempatan atau buah-buahan luar Negara. 
 | 
  
SB: kata nama am 
Bbm : kad gambar dan   kad perkataan 
Nilai: 
KB: menjana idea, membanding beza 
 | 
 ||||||||||
Langkah 2 
(15 minit) 
 | 
  
Contoh Perkataan di gunakan  
1.    
  Makan  
2.    
  Dusun 
3.    
  Beli 
4.    
  Tanam 
Contoh ayat  
1.       
  Ahmad beli buah anggur. 
2.       
  Ayah tanam buah durian. 
 | 
  
1.   
  Guru membahagikan murid-murid kepada 6 kumpulan. 
2.   
  Guru memberi arahan kepada murid-murid apa yang
  perlu dilakukan oleh mereka. 
3.   
  Guru memberikan 2 kad gambar, sekeping kertas majong
  dan “ marker pen”. 
4.   
  Guru memberi perkataan yang perlu ada untuk membina
  ayat. 
5.   
  Guru menampal hasil tugasan di papan tulis. 
6.   
  Guru  memurnikan jawapan murid-murid. 
 | 
  
1.  Murid-murid  berada di dalam kumpulan yang
  telah ditetapkan oleh guru. 
2.  Murid-murid berbincang membina ayat berdasarkan
  perkataan dan gambar  yang diberikan oleh guru . 
3.  Setiap kumpulan akan membentangkan hasil kerja
  mereka. 
 | 
  
SB: kata nama am, ayat tunggal 
Bbm : kad gambar dan  kad  perkataan 
Nilai: kerjasama  
KB : menjana idea 
interpersonal 
 | 
 ||||||||||
Langkah 3 
(15 minit) 
 | 
  
Contoh soalan  
1.   
  Siapakah yang mempunyai dusun buah-buahan? 
2.   
  Berapakah keluasan dusun Pak Abu? 
Rujuk lampiran 
 | 
  
1.   
  Guru membahagikan murid-murid kepada 6 kumpulan. 
2.   
  Guru menampal petikan di papan tulis. 
3.   
  Guru mengedarkan lembaran kerja berkumpulan kepada
  murid-murid. 
4.   
  Guru  menyoal 5 soalan  berdasarkan
  petikan dan setiap kumpulan akan menulis jawapan di atas kertas yang
  disediakan  
5.   
  Guru memurnikan jawapan murid-murid. 
 | 
  
1.   
  Murid-murid  membaca petikan secara
  beramai-ramai. 
2.   
  Murid-murid bekerjasama menjawab lima soalan yang
  dikemukan oleh guru di dalam lemberan kerja. 
3.   
  Murid-murid berbincang dengan guru jawapan soalan
  yang diberikan.  
 | 
  
SB: kata nama am, ayat tunggal 
Bbm : lembaran kerja 
Nilai: kerjasama  
KB : menjana idea 
Ilmu : pendidikan kesihatan 
interpersonal 
 | 
 ||||||||||
Langkah 4 
(10 minit) 
 | 
  
Rujuk lembaran kerja 
 | 
  
1.    
  Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid. 
2.    
  Guru bertindak sebagai fasilitator. 
3.    
  Guru memurnikan jawapan murid-murid. 
 | 
  
1.     
  Murid-murid membuat kerja secara individu. 
 | 
  
Nilai : patuh arahan 
Bbm : Lembaran kerja 
KB: menjana idea 
 | 
 ||||||||||
Penutup  
(5 minit) 
 | 
  
Lirik lagu  
Papaya mangga pisang  jambu 
Dibawa dari pasar minggu 
Di sana banyak penjualnya 
Di kota banyak pembelinya 
Papaya buah yang berguna 
Bentuknya sangat sederhana 
Rasanya manis tidak kalah 
Membikin badan sihat segar 
Papaya, jeruk, jambu, rambutan , durian, duku dan
  lain-lainnya 
Marilah mari kawan-kawan semua membeli buah-buahan 
 | 
  
1.   Guru menampal lirik lagu di papan tulis 
2.   Guru membimbing murid-murid menyanyi dengan diiringi
  muzik. 
3.   Guru bertanya contoh nama buah-buahan yang telah
  dinyatakan di dalam lirik lagu dan pengajaran yang lalu. 
 | 
  
1.   
  Murid-murid menyanyikan lagu dengan diiringi muzik. 
2   
  Menyebut semula  buah-buahan yang terdapat di dalam lirik lagu. 
 | 
  
Ilmu :  Muzik 
Nilai : seronok 
 | 
 ||||||||||
1.0   REFLEKSI
MIKROTEACHING  
1.1     
KEKUATAN
        Kelebihan
dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan mikropengajaran ialah
penggunaan  sumber  bahan bantu mengajar. Sumber bahan pengajaran dan
pembelajaran ialah apa sahaja alat atau bahan yang berperanan dan bertugas
untuk membantu guru-guru supaya dapat menyampaikan isi pelajaran supaya
pelajar dapat memperolehi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai berdasarkan
objektif kurikulum. Alat atau bahan ini dapat membantu guru dengan menyokong
penyampaian isi pelajaran. Terdapat beberapa jenis sumber atau alat yang
boleh membantu dalam pengajaran guru. Di dalam pengajaran saya, bahan bantu mengajar seperti kad gambar dan kad
perkataan digunakan. Penggunaan bahan bantu mengajar  di dalam langkah yang kedua telah menarik
minat murid malah membantu saya dalam menyampaikan isi pengajaran dikehendaki
dan murid dapat memberi tumpuan apa yang dikehendaki semasa pengajaran
dilaksanakan. Selain itu, bahan bantu mengajar ini membantu guru dan
murid-murid berinteraksi antara satu sama lain dan masalah murid yang pasif dapat
dikurangkan. Interaksi dan kerjasama antara pelajar dengan guru dan murid
dengan murid membantu mengembangkan idea serta mewujudkan suasana pengajaran
dan pembelajaran yang ceria dan memudahkan aktiviti pengajaran yang dijalankan
serta mengurangkan gangguan. Konsep  dapat disampaikan dengan jelas dengan
bantuan bahan bantu mengajar ini sama ada bahan bercetak mahupun bahan maujud.
Ini merangsang minda murid-murid dan membantu mereka untuk berfikir dengan
jelas.
     Dari segi masa pula,
bahan bantu mengajar ini dapat membantu guru menjimatkan masa guru dan murid
yakni  pengisian maklumat dapat diperbanyak kerana adanya bantuan bahan
bantu mengajar. Penerangan yang digunakan oleh guru dan di bantu bahan bantu
mengajar  memudahkan murid-murid memahami konsep serta maklumat yang
hendak disampaikan. Oleh yang demikian, pengajaran lebih berpusatkan murid dan
guru boleh bertindak sebagai fasilitator di dalam bilik darjah.  Tindakan
susulan daripada murid-murid membantu melahirkan kreativiti murid-murid yang
sedia ada dan menunjukkan mereka memahami apa yang disampaikan oleh guru.
1.2  KELEMAHAN
       Kelemahan
dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan mikro pengajaran ialah
ketepatan masa dan saiz tulisan kad perkataan terlalu kecil . Masa penting bagi
seorang guru sekiranya berlaku gangguan di dalam pengajaran dan pembelajaran
maka terencatlah keseluruhan pengajaran kita pada hari itu. Berdasarkan
pemerhatian semula rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah
dibuat, didapati masa yang digunakan untuk tidak seiring iaitu ada yang
melebihi masa dan ini menjejaskan sesi pengajaran saya pada hari itu. Hal ini berlaku
kerana adanya gangguan tanpa di duga contohnya kawalan kelas serta gangguan
murid melakukan latihan di dewan terbuka. Bunyi yang bising menyebabkan
murid-murid hilang tumpuan seketika. 
         
Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah tulisan pada  kad perkataan yang terlalu kecil. Walaupun kad
perkataan ini menarik minat murid guru seharusnya membesarkan huruf pada kad
tersebut supaya keseluruhan murid-murid mendapat manfaatnya. Selain itu, kad
perkataan itu boleh di  lamina supaya
memudahkan guru menunjukkan kad perkataan kepada murid dan menampakkan kekemasan.
Sekiranya kad perkataan di lamina bahan tersebut boleh digunakan dalam jangka
masa yang lama.
1.3 LANGKAH
MENGATASI
      Setiap
kelemahan dan kekurangan yang di kesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan
kualiti pengajaran pada masa datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam
tugasan mikropengajaran saya, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah
ketepatan penggunaan masa dan arahan yang kurang jelas. Guru seharusnya bijak
di dalam pengurusan masa dan bagi menjamin ketepatan masa guru seharusnya
menggunakan Rancangan Pengajaran Harian sebagai garis panduan bagi melancarkan
perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran agar sentiasa selaras. Hal ini
juga memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari
permulaan sesi pengajaran sehingga tamat.
              Bagi
penyelesaian masalah yang kedua, guru boleh memperbesarkan perkataan pada kad
perkataan yang dipamerkan kepada murid-murid. Walaupun kad perkataan ini
membantu guru di dalam sesi pengajaran tetapi saiz tulisan menyebabkan ada di
kalangan murid  tidak dapat membacanya.
Bagi penambahbaikan saiz tulisan tersebut guru boleh menggunakan dua warna yang
berbeza iaitu penggunaan warna merah dan hitam bagi suku kata yang ditunjukkan
oleh guru. Ini bukan sahaja memantapkan murid di kelas hadapan tetapi boleh
digunakan oleh murid di kelas terakhir. Selain itu, kad perkataan tersebut
boleh di lamina dengan menggunakan kertas laminating. Ini bertujuan kad
perkataan tersebut mudah dipegang oleh guru ,kekemasan dan boleh di simpan jangka
masa panjang. 
 
 
 
                
                
                
                
                
 
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
TAHUN 6
MATA
PELAJARAN        :                       Bahasa Melayu
TAHUN
                               :                       6
BILANGAN
MURID       :                       5 orang (
Murid masalah pembelajaran)
TARIKH                                :                       11 Oktober  2011
HARI                                                             :                       Selasa
MASA                                                           :                       10:00 – 10.30 Pg
TEMA                                                            :                       Kekeluargaan.                               
 SUB TOPIK                                               :                      Menggapai
Impian       
OBJEKTIF
                          :                       Pada akhir pembelajaran,
murid dapat :-
i)                    
Membaca
ayat tunggal dan dan ayat majmuk.
ii)                   
Membina
ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung dan,
yang dan kerana. 
HASIL
PEMBELAJARAN                                                                      :                       
Membaca
5.1 Aras 1
(i) 
Membaca
perkataan, rangkai kata, ayat      tunggal
dan ayat majmuk.
Menulis.
8.1 aras 2
(i)
Membina
ayat majmuk dengan menggunakan  kata
hubung.
PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID : Murid sudah mengenal kata hubung.
PENERAPAN NILAI                              : Bekerjasama, tekun,
berusaha, berani.
KEM BERNILAI TAMBAH( KB
Pembelajaran
Konteksstual, Menjana idea,                                                                                                                                                  kecerdasan
pelbagai-muzik,intrapersonal.
ILMU : Pendidikan Moral, muzik
BAHAN BANTU
MENGAJAR               1) Sampul berisi keratan
hobi.
                                                               2)
Lirik lagu                     
                                                               3)
Kad perkataan.
                                                              4)
Kad ayat tunggal
RUJUKAN
GURU : Buku panduan guru tahun
6.. 
Langkah 
Masa 
 | 
  
Isi Pelajaran 
 | 
  
Aktiviti Guru 
 | 
  
Aktiviti Murid 
 | 
  
Strategi/Kaedah 
TKP/ABM/Nilai/KBKK 
 | 
 
Set induksi 
(3 minit) 
 | 
  
Mencungkil hobi murid. 
-         
  Membaca buku 
-         
  Bermain bola sepak. 
-         
  Bermain badminton. 
-         
  Membuat kraftangan. 
-         
  Melukis. 
 | 
  
Permainan cari harta karun. 
1) Menyorokkan sampul yang mengandungi
  hobi disekitar kelas. 
2)Meminta murid mencari sampul-sampul
   yang di sorokkan. 
3) Meminta murid membaca hobi yang
  terdapat dalam sampul. 
4) Bersoal jawab dengan murid berkaitan
  hobi mereka. 
 | 
  
1)     Murid melihat arahan yang di beri oleh guru. 
2)     Murid mencari sampul yang di sorokkan. 
3)     Murid yang terlebih dahulu menjumpai sampul dikira sebagai 
  pemenang. 
4)     Membaca hobi yang terdapat dalam sampul. 
5)     Menceritakan hobi yang mereka perolehi. 
 | 
  
Strategi :  
Berpusatkan murid. 
Kaedah :  
Mendengar dan membuat  
kesimpulan  
KBT:-. 
Pembelajaran kontekstual 
ABM :  
Sampul berisi hobi. 
Nilai : 
Bekerjasama dan berusaha. 
KBKK :  
Membuat gambaran. 
 | 
 
Langkah 1 
(5 minit) 
 | 
  
Membaca lirik  lagu “ Ayuh kawan”
  dengan menggunakan kod tangan.  
 | 
  
1)     Memperkenalkan lirik
  lagu. 
2)     Memanggil murid secara
  sukarela untuk datang ke hadapan kelas. 
3)     Membimbing murid membaca
  lirik lagu menggunakan isyarat kod tangan. 
4)     Menerangkan isi yang
  terkandung dalam lirik lagu. 
5)     Membincangkan kebaikan
  yang terkandung dalam lirik 
 | 
  
1) Membaca lirik lagu
  dengan    
   
  menggunakan isyarat kod    
   
  tangan secara individu di  
   
  hadapan kelas. 
2) Bersoal jawab dengan
  guru tentang isi yang terkandung dalam lirik lagu. 
3) membari pendapat
  berkaitan kebaikan hobi yang terdapat dalam lirik lagu. 
 | 
  
Strategi :  
Berpusatkan guru dan murid 
Kaedah :  
Membaca dan menjana idea. 
KBT:- 
KP - Muzik 
ABM :  
Lirik lagu 
Nilai :  
Hormat-menghormati dan berusaha. 
 | 
 
Langkah 2 
(10 minit) 
 | 
  
Mengeluarkan kata hubung yang terdapat
  dalam lirik lagu. 
tetapikeranayangdan 
 | 
  
1)        Memperkenalkan kata hubung kata hubung yang terdapat dalam petikan. 
2)        Meminta murid menunjukkan kata kata hubung yang terdapat dalam petikan. 
3)        Menerangkan penggunaan kata hubung. 
4)        Memperkenalkan kata hubung selain yang ada dalam petikan. 
5)        Meminta murid memberi contoh-contoh ayat yang menggunakan kata hubung
  yang sesuai. 
 | 
  
1) Mengeluarkan kata hubung  
    yang terdapat dalam
  petikan. 
2) Mencari kad kata hubung yang  
     betul dan
  menampal di papan  
     putih. 
3) Bersoal jawab dengan guru  
     berkaitan
  penggunaan kata  
     hubung. 
4) Memberi contoh-contoh ayat   
     mengikut kata
  hubung. 
 | 
  
Strategi :  
Berpusatkan guru dan  murid. 
Kaedah :  
Mendengar dan mengeluarkan maklumat 
KBT:- 
Menjana idea 
ABM :  
Kad-kad perkataan. 
Nilai :  
Rajin dan berusaha. 
 | 
 
Langkah 3 
(10 minit) 
 | 
  
Membina ayat majmuk dengan menggunakan
  kata hubung. 
Ayat Tunggal: 
1.Lilin dapat di buat hiasan yang cantik. 
2.Sabun dapat di buat hiasan yang cantik. 
Ayat Majmuk:- 
Lilin
  dan sabun dapat di buat hiasan yang cantik. 
 | 
  
1) Memperkenalkan ayat tunggal. 
2) Meminta murid menampal keratan ayat
  tunggal di papan putih. 
3) Meminta murid membaca ayat tunggal. 
3) Bersoal jawab dengan murid berkaitan
  kata hubung yang sesuai untuk membina ayat majmuk. 
 | 
  
1) Membaca ayat tunggal yang di beri. 
2) Menyatakan kata hubung yang sesuai di
  gunakan untuk membina ayat majmuk. 
2) Membina ayat majmuk menggunakan kata
  hubung dengan menulis di papan putih. 
 | 
  
Strategi :  
Berpusatkan murid. 
Kaedah :  
Mendengar dan menjana idea. 
KBT:- 
Menjana idea. 
ABM :  
Kad perkataan. 
Nilai :  
Bekerjasama dan berusaha. 
 | 
 
Penutup 
( 2 minit ) 
 | 
  
Pengukuhan 
Menguji pemahaman murid dengan
  mengenalpasti  kata hubung yang terdapat dalam ayat. 
Azali dan Abu adalah murid yang di sayangi
  oleh guru kerana memenangi pertandingan dalam acara olahraga. 
Soalan :-Apakah kata hubung yang terdapat
  dalam ayat?  
Jawapan :- dan,yang, kerana. 
 | 
  
1.        Memperkenalkan ayat majmuk. 
2.        Meminta murid membaca ayat majmuk dan mengenalpasti kata hubung yang
  terdapat dalam ayat. 
3.        Memberi pujian dengan jawapan yang diberi. 
 | 
  
1. Membaca ayat majmuk yang  
    diberi. 
2. Mengeluarkan kata hubung dalam ayat
  yang di beri dengan menggariskan kata hubung yang terdapat dalam ayat. 
 | 
  
Strategi:  
Berpusatkan murid. 
Kaedah :  
Mendengar dan menjana idea. 
Nilai :  
Bekerjasama dan berusaha. 
KBT :  
Menjana idea 
 | 
 
KEKUATAN
        Kekuatan yang dapat
dikesan dalam pengajaran mikro saya ialah kemahiran menyoal  yang saya gunakan mendapat kerjasama oleh
murid. Dengan menggunakan kemahiran menyoal ini membantu saya untuk mencungkil
pengetahuan sedia ada berkaitan kata hubung yang diajar pada hari itu. Selain
itu kemahiran menyoal ini juga memberi peluang kepada murid untuk mengeluarkan
pendapat mereka. Murid masalah pendengaran memang agak sukar untuk mengeluarkan
pendapat jika tidak disoal. Soalan-soalan yang saya gunakan mampu membuatkan
murid untuk menjawab. Kemahiran menyoal ini juga memberi peluang kepada semua
murid mengambil bahagian dan menjawab soalan yang dikemukakan, saya berpuas
hati kerana murid yang berada diaras rendah pun mampu memberikan kata hubung
yang terdapat dalam petikan. Dengan menggunakan kemahiran mikro menyoal ini
dapat melatih murid untuk berfikir 
Secara tidak langsung melatih murid untuk menjadi seorang yang berani
dan berkeyakinan. Pengalaman ini amat berguna ketika mereka hendak menyertai
atau mengambil bahagian dalam mana-mana pertandingan. Mereka akan berasa yakin
jika berada dihadapan khalayak ramai. Dengan menyoal murid yang pasif juga
perlu mengubah sikap mereka daripada berada didunia mereka sahaja.
      Selain
itu aktiviti pengajaran saya juga melibatkan kemahiran variasi rangsangan iaitu
saya memanggil murid ke adapan kelas untuk menampal kata hubung yang mereka
perolehi dalam lirik lagu. Tujuan utama varisi rangsangan ini adalah untuk
membangkitkan perhatian pelajar dan member fokus terhadap fakta penting
pelajaran. Dengan memanggil murid kehadapan kelas dapat menggelakkan murid berasa
bosan didalam kelas. Murid tidaklah hanya duduk ditempat mereka dan menerima
sahaja apa yang diajar oleh guru. Dengan melibatkan pergerakan murid tidak akan
mengantuk didalam kelas dan mengelakkan mereka daripada berbual. Keadaan kelas
akan terkawal.
2.2                 KELEMAHAN
        Kelemahan
yang dapat dikesan dalam pengajaran mikro saya ialah tulisan dipapan putih
kurang jelas. Ini disebabkan tulisan guru yang agak kecik. Dengan tulisan yang
lebih jelas mudah murid untuk membaca yang yang ditulis oleh guru.
      Selain
itu, guru kurang memberi peneguhan kepada murid yang menjawab soalan yang
dikemukakan oleh guru. Murid akan lebih seronok jika guru memberi pujian dan
galakkan untuk menjawab. Saya hanya memberi mereka peneguhan berunsur ucapan
terima kasih dan anggukkan jika jawapan yang di beri itu betul. Jika peneguhan
yang diberi berbentuk ganjaran rasanya murid aka n lebih merangsang murid untuk
melibatkan diri. Sudah tentunya mereka akan berlumba-lumba mengangkat tangan
untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan.
2.3
               LANGKAH PENAMBAHBAIKAN
      Kelemahan
yang ada harus diatasi agar meningkatkan lagi proses pembelajaran. Guru perlu
menulis dengan jelas setiap isi pembelajaran dihadapan kelas. Tulisan yang
jelas mampu meningkatkan pemahaman murid berkaitan isi pelajaran pada hari itu.
Kemahiran menulis juga perlu ada pada guru, kerana ini merupakan kemahiran yang
penting dan harus dikuasai oleh guru.
     Guru
boleh memberi peneguhan berbentuk token kepada murid yang mengambil bahagian
dalam aktiviti dan soalan  yang
dikemukakan. Token yang diberi dikumpul dan akan diberi hadiah kepada murid
yang paling banyak memperolehi token pada setiap hujung bulan. Ini dapat
menggalakkan penglibatan murid dengan aktiviti pengajaran dan murid akan lebih
berminat untuk mengikuti aktiviti p&p. Selain itu ia juga satu galakkan
kepada murid lain untuk mengambil bahagian maka akan wujud persaingan yang
sengit antara murid. Murid akan berlumba-lumba untuk mengumpul token.
Mata pelajaran 
 | 
  
Pendidikan Muzik 
 | 
 
Tahun 
 | 
  
Dua 
 | 
 
Kelas 
 | 
  
2  
 | 
 
Tarikh  
 | 
  
 10 November 2011 
 | 
 
Masa  
 | 
  
8:40  – 9.25 Pagi 
 | 
 
Bilangan pelajar 
 | 
  
35 orang 
 | 
 
Bidang 
 | 
  
Persepsi Estetik 
 | 
 
Ojektif Pembelajaran 
 | 
  
Mengenal tempo cepat dan
  lambat dengan betul. 
 | 
 
Hasil Pembelajaran 
 | 
  
Pada akhir pengajaran, murid
  dapat: 
Kognitif      : Murid tahu membezakan tempo cepat dan
  lambat dengan 
                      betul berdasarkan kad
  ikon yang ditunjukkan. 
Psikomotor : Murid dapat
  menyanyi lagu ‘See Saw’ mengikut tempo 
                      cepat dan lambat dengan
  betul. 
Afektif        : Murid – murid bekerjasama di antara
  satu sama lain semasa 
                      menjalankan aktiviti
  nyanyian. 
 | 
 
Konsep Utama 
 | 
  
Murid dapat mengenali konsep
  muzik – tempo cepat dan lambat 
 | 
 
Kaedah Pengajaran 
 | 
  
 Teori Taksonomi Bloom 
 | 
 
Pengetahuan sedia ada 
 | 
  
Murid telah mengenali
  pergerakan haiwan berdasarkan pada kad ikon yang ditunjukkan. 
 | 
 
Bahan Bantu Mengajar 
 | 
  
1.       
  CD Lagu Mari
  Menari 
2.       
  Kad Ikon –
  gambar arnab ( tempo cepat ), gambar kura-kura 
 ( tempo lambat ) 
3.       
  LCD 
4.       
  Laptop 
5.       
  Lembaran kerja 
 | 
 
Penggabungjalinan  
 | 
  
Bahasa Inggeris & Sivik
  Kewarganegaraan 
 | 
 
Nilai-Nilai Murni 
 | 
  
Bekerjasama, tekun,
  bersunguh-sungguh, prihatin, berdisiplin. 
 | 
 
Langkah Berjaga-jaga 
 | 
  
Elakkan pelajar
  berebut-rebut semasa menyanyi mengikut ikon yang ditetapkan. 
 | 
 
Langkah / 
Fasa 
 | 
  
Isi  kandungan 
 | 
  
Aktiviti
  pengajaran dan Pembelajaran 
 | 
  
Penilaian 
 | 
 |
Aktiviti
  guru 
 | 
  
Aktiviti
  murid 
 | 
 |||
  Set Induksi 
( 7 minit ) 
Fasa 1 : 
Mengcungkil Idea 
 | 
  
Mengcungkil idea murid di
  mana murid diberi peluang  menyatakan
  idea dan pengetahuan baru murid ditayangkan cerita Arnab dan Kura-Kura untuk
  memperlihatkan perbezaan antara pergerakan cepat dan lambat pada kedua-dua haiwan
  tersebut. 
 | 
  
1.Guru menayangkan video
  cerita Arnab dan Kura-Kura kepada murid-murid. 
2.Guru bersoal jawab dengan
  murid haiwan apakah yang paling pantas bergerak dalam cerita yang telah
  ditayangkan. 
 | 
  
1.Murid menumpukan 
perhatian dengan menonton
  cerita tersebut dengan teliti. 
2.Murid menjawab soalan guru
  berdasarkan petikan cerita tersebut. 
 | 
  
-Mendengar 
  cerita 
-Soal jawab / 
pandangan 
 | 
 
   Langkah 1 
( 16 minit ) 
Fasa 2 : 
Menstruktur / 
Menstruktur Semula Idea 
 | 
  
Membuat penaksiran secara
  berterusan melalui langkah-langkah latihan meniup lilin untuk latihan
  pernafasan dan latihan teknik vokal Do, Mi, So berdasarkan panduan dan
  bimbingan guru. 
 | 
  
1. Guru meminta muird
  mendengar arahan dan memberikan perhatian. 
2. Guru meminta pelajar
  berdiri dan memberi tumpuan. 
3. Guru memberi arahan kepada
  murid untuk sesi latihan pernafasan dengan tunjukcara meniup lilin. 
4.Guru membuat demontrasi
  teknik vokal dan solfa Kodaly ‘Do, Mi, So’ mengikut kibod yang dimainkan oleh
  guru secara menaik dan menurun. 
5.Guru meminta murid
  menyanyi bersama murid lagu ‘Saya Ada Belon’ sebagai latihan solfa dan
  sebutan jelas dengan bimbingan guru. 
 | 
  
1. Murid memberikan tumpuan
  dan mendengar arahan yang diberi. 
2. Murid berdiri dan
  memberikan perhatian terhadap guru. 
3. Murid memulakan sesi
  meniup lilin dengan bimbingan guru.  
4. Murid menyebut vokal ‘Do,
  Mi, So’ dengan bimbingan guru.  
5.Murid menyanyi bersama
  guru lagu ‘Saya Ada Belon’ dengan bimbingan 
  guru. 
 | 
  
Bekerjasama 
-Aktif 
-Patuh pada arahan guru 
-kibod 
       -Cd 
     -Aktif  
 | 
 
   Langkah 2 
( 8 minit ) 
Fasa 2 : 
Menstruktur / Menstruktur Semula Idea 
 | 
  
Membuat penaksiran secara
  berterusan melalui langkah-langkah di mana guru memperdengarkan lagu’ See
  Saw’  kepada murid seterusnya
  membimbing murid untuk membaca lirik lagu secara berirama baris demi baris.  
 | 
  
1. Guru meminta murid
  mendengar lagu ‘See Saw’ melalui CD lagu yang telah disediakan. 
2. Guru memaparkan lirik
  lagu daripada carta lagu di dalam slide yang telah disediakan.  
3. Guru membimbing murid
  membaca lirik lagu  baris demi baris. 
4. Guru membimbing murid
  menyanyi lagu See Saw dengan iringan muzik sambil membuat gerakan mudah. 
 | 
  
1. Murid mendengar lagu
  tersebut dengan teliti. 
2. Murid memberi tumpuan dan
  membaca lirik lagu dengan senyap. 
3.Murid mengikut sebutan
  dengan bimbingan guru. 
4.Murid menyanyi
  bersama-sama guru dengan bimbingan guru sambil membuat gerakan. 
 | 
  
-Cd lagu 
-Slide Lirik lagu See Saw 
      -Fokus 
-Aktif 
 | 
 
   Langkah 3 
(4 minit) 
Fasa 3 : 
Aplikasi Idea 
 | 
  
Mencabar dan  mengembangkan kefahaman konsep murid
  melalui proses  mengaplikasikan
  kefahaman tempo cepat dan lambat melalui ikon yang telah disediakan. 
 | 
  
1. Guru meminta murid
  mendengar lagu yang akan dinyanyikan oleh guru tanpa iringan muzik.  
2. Guru meminta semua murid
  menyanyikan lagu See Saw tanpa iringan muzik dengan betul. 
3. Guru memperkenalkan kad
  ikon berdasarkan 2 haiwan iaitu ‘Arnab dan Kura-kura’.  
4.Guru membuat demontrasi
  nyanyian lagu See Saw dengan menggunakan kad ikon bagi menunjukkan nyanyian
  tempo cepat dan lambat. 
5.Guru meminta murid
  menyanyi lagu See Saw dengan mengikut tempo cepat dan lambat berdasarkan ikon
  yang akan ditunjukkan oleh guru.  
 | 
  
1. Murid mendengar lagu
  nyanyian guru dengan teliti. 
2. Murid menyanyi lagu See
  Saw tanpa iringan muzik dengan bimbingan guru. 
3. Murid mendengar dan
  memberi tumpuan dengan teliti. 
4.Murid mendengar nyanyian
  guru dengan penuh tumpuan. 
5.Murid melakukan aktiviti
  nyanyian mengikut tempo cepat dan lambat berdasarkan ikon yang ditunjukkan
  oleh guru. 
 | 
  
-Cd lagu 
-LCD 
- Laptop 
     -Aktif 
Bekerjasama 
-Kad ikon 
    - Fokus 
     - Aktif 
 | 
 
Langkah 4 : Aplikasi idea 
( 4 Minit ) 
 | 
  
Mencabar dan  mengembangkan kefahaman konsep murid
  melalui proses  mengaplikasikan
  kefahaman tempo cepat dan lambat melalui nyanyian dan tepukan. 
 | 
  
1.Guru meminta murid
  mendengar arahan guru selanjutnya. 
2. Guru membuat tunjukcara
  menepuk secara cepat dan lambat dengan diikuti tepukan dari murid tanpa
  iringan muzik lagu See Saw. 
3. Guru membimbing murid
  menyanyi lagu See Saw sambil membuat tepukan cepat dan lambat dengan iringan
  muzik lagu See Saw. 
 | 
  
1.Murid mendengar arahan
  guru dengan teliti. 
2. Murid mengikut guru
  membuat tepukan secara cepat dan lambat tanpa iringan muzik lagu See Saw. 
3. Murid menyanyi sambil
  membuat tepukan cepat dan lambat dengan bimbingan guru dengan iringan muzik
  lagu See Saw. 
 | 
  
-Memberi tumpuan 
Bekerjasama 
   -Gembira 
 | 
 
    Langkah 
     Penutup 
(6 minit ) 
Fasa 4 : 
Refleksi / Penutup 
 | 
  
Membuat kesimpulan dan
  membuat keseluruhan pengalaman pembelajaran mereka melalui aktiviti yang
  telah mereka jalankan tadi. Selain itu, murid menjana idea dengan membuat
  latihan melalui lembaran kerja. 
 | 
  
1. Guru meminta murid duduk
  dan mendengar arahan guru seterusnya. 
2. Guru bersoal jawab dengan
  murid tentang pembelajaran mereka pada hari ini. 
3.Guru bertanya sama ada
  mereka seronok melakukan aktiviti ini dan berpuas hati dengan persembahan
  yang telah mereka lakukan.  
4.Guru meminta murid
  mendengar arahan guru untuk aktiviti akhir. 
5.Guru mengedarkan lembaran
  kerja kepada setiap murid dan meminta mereka duduk dalam keadaan senyap. 
6.Guru meminta murid membuat
  latihan dengan memberikan jawapan lambat / cepat pada ruangan yang telah
  disediakan dalam lembaran tersebut. 
 | 
  
1. Murid duduk dan mendengar
  arahan guru dengan teliti. 
2.Murid menjawab dan memberi
  pandangan mereka tentang apa yang mereka pelajari pada hari ini. 
3. Murid menjawab soalan
  dari guru. 
4.Murid mendengar dengan
  teliti. 
5.Murid menerima lembaran
  kerja dan duduk dalam keadaan senyap. 
6.Murid membuat latihan
  dengan memberikan jawapan lambat / cepat pada ruangan yang telah disediakan
  dengan bimbingan guru.  
 | 
  
-Memberi tumpuan 
-Soaljawab 
-Memberi pandangan 
-Gembira 
Seronok 
-Lembaran kerja 
-Fokus 
 | 
 
REFLEKSI 
2.0 KEKUATAN
2.1 Set Induksi
2.1.1 Bersifat mesra dan mengambil berat terhadap pelajar
Sebelum memulakan p&p saya akan
pastikan untuk bertanya khabar dahulu kepada murid saya selain mengambil kira
tentang kehadiran murid saya pada hari tersebut. Proses ini dapat mengeratkan
hubungan antara murid dan guru agar murid tidak merasa janggal dan takut dengan
guru apabila setiap kali aktiviti p&p dijalankan.
                2.1.2 Kreatif dan aktiviti
menggunakan ICT
Bagi melihatkan betapa saya seorang guru yang kreatif saya telah
menerapkan pengajaran saya dengan menggunakan bahan bantu mengajar iaitu ICT.
Contohnya untuk menarik minat murid saya dalam langkah set induksi, saya
menayangkan tayangan video cerita Arnab dan Kura-Kura yang telah dimuat turun
dari internet. Maklum balas yang saya terima murid saya begitu teruja dan
memberi tumpuan yang sepenuhnya.
                2.1.3 Sesi soaljawab yang
memberangsangkan
Didapati semasa sesi soaljawab, murid-murid saya berebut untuk
menjawab soalan yang saya ajukan.  Ini
kerana teknik penyoalan saya tidak dalam bentuk yang serius sebaliknya lebih
kepada ‘fun learning’. Murid pun merasa seronok untuk belajar.
2.2 Langkah 1
                2.2.1 Arahan guru yang cukup
jelas
Arahan yang diaplikasikan oleh saya pada murid saya adalah cukup
jelas. Saya menggunakan aras bahasa yang mudah difahami dengan tahap murid saya
selain menggunakan ton suara yang agak tegas jika melibatkan disiplin murid
saya. Komunikasi yang sentiasa pelbagai menimbulkan corak arahan yang mudah
murid saya terima dengan baik mampu melaksanakan aktiviti dengan mudah.
                2.2.2 Aktiviti pernafasan yang
menarik 
Pada kali ini, saya melakukan sesi meniup lilin bagi menimbul
minat murid saya untuk mengikuti latihan ini. Sambil itu, saya menyelitkan
unsur ‘humor’ agar murid tidak merasa bosan. Dilihat, murid seronok dan gembira
dengan aktiviti ini.
                2.2.3 Latihan solfa Kodaly
dengan jelas
Proses latihan solfa dilaksanakan dengan baik. Murid dapat
mengikut not Do,Re,Mi,Fa,So secara menaik dan menurun dengan baik sekali. Ini
menunjukkan murid saya fokus dan ingat tentang latihan solfa yang lepas sebagai
latihan asas sebelum nyanyian.
2.3 Langkah 3
                2.3.1 Lirik lagu ditayangkan
menggunakan slide powerpoint
Guru menerapkan kreativiti dengan menjalakankan aktiviti
menggunakan ICT sebagai menarik minat murid saya dan meningkatkan kemahiran
saya dalam penggunaan ICT yang sesuai dengan trend pendidikan sekarang.
                2.3.2 Mengikut langkah  betul semasa melaksanakan aktiviti nyanyian
lagu baru
Jika dalam mikropengajaran lepas saya telah membuat kesilapan
dengan meninggalkan langkan memeperdengarkan lagu kepada murid, tetapi pada
kali ini ia tidak berulang lagi. Saya mengikut setiap langkah yang sepatutnya
iaitu memperdengarkan lagu dahulu, diikuti dengan nyanyian baris demi baris,
nyanyian tanpa muzik, nyanyian dengan iringan muzik dan menyanyi sambil membuat
geraka dengan bimbingan guru.
2.3.3 Prihatin terhadap murid yang tiada pasangan 
Dalam aktiviti nyanyian sambil membuat gerakan secara berpasangan,
saya akan memastikan murid-murid saya dapat menjalankan aktiviti tersebut. Jika
ada di antara mereka yang tidak mempunyai pasangan, saya akan meletakkan mereka
dalam kumpulan bertiga atau saya sendiri yang akan menjadi pasangan mereka. Ini
kerana saya tidak mahu, ada di antara mereka yang terlepas peluang
melakukannya. Mereka pasti akan merasa kecewa.
2.4 Langkah 4
                2.4.1 Objektif tercapai
Dalam langkah ini, keseluruhan proses p&p dapat dikenalpasti
bahawa objektif pada kali ini telah tercapai apabila melebihi 90% murid
mengenal nyanyian secara lambat dan cepat.
2.5 Penutup
                2.5.1 Lembaran kerja dapat
dilaksanakan dengan baik
Latihan yang diberikan sebagai pengukuhan hampir keseluruhannya
murid dapat menjawab dengan tepat. Ini jelas apabila saya menanda kertas
lembaran tersebut selepas sesi p&p dijalankan.( lembaran kerja untuk
latihan dilampirkan sekali)
3.0 KELEMAHAN
3.1 Set
Induksi
3.1.1 Ruang untuk pergerakan guru yang terhad
Didapati saya tidak dapat bergerak dengan pantas dan baik kerana
ruang dalam bilik muzik yang agak terhad. Ini kerana bilik ini sarat dengan ABM
muzik. Selain itu, penggunaan LCD memerlukan ia diletakkan pada tampat yang
bersesuaian agar dapat dipancarkan ke skrin dengan besar dan jelas.
                3.3.2 Penerangan guru yang
keliru tentang  cerita Arnab dan
Kura-kura.
Dalam aktiviti soaljawab selepas tayangan video cerita  Arnab dan Kura-Kura, didapati saya kurang
bersedia untuk menerangkan apakah situasi melepaskan belon dalam  cerita tersebut. Pada awalnya saya
menerangkan bahawa belon tersebut adalah untuk mengelirukan Arnab, tetapi sebenarnya
ia adalah untuk memberitahu rakan-rakan kura-kura yang lain agar bersedia di
tempat masing-masing untuk memerangkap dan menipu arnab.
3.2 Langkah 1
                3.2.1 Aktiviti latihan
pernafasan dan latihan solfa terlalu padat dan lama
Saya akui bahawa aktiviti untuk langkah ini terlalu banyak dan padat.
Malahan saya mengambil masa yang terlalu lama iaitu selama 16 minit.Sepatutnya
untuk latihan tersebut ia hanya dijalankan dalam tempoh yang singkat kerana
banyak lagi langkah-langkah yang lebih penting untuk diberi tumpuan dan jika
melihat pada objektif p&p hari tersebut ia bukanlah salah satu daripadanya.
                3.2.2 Lupa memperdengarkan lagu
‘Saya ada belon’ 
Sekali lagi kesilapan yang sama saya lakukan dalam aktiviti
nyanyian solfa. Sepatutnya saya perlu ‘alert’ dalam memperkenalkan lagu baru.
Ini akan menjadikan murid saya tidak dapat mengenali rentak dan melodi lagu
yang bakal mereka pelajari.
                3.2.3 Campur adukkan latihan
sebutan baris demi baris dan nyanyian baris demi                            baris.
Kesilapan besar yang saya lakukan kerana mencampur adukkan latihan
sebutan baris demi baris bersama latihan nyanyian baris demi baris. Ketika ini,
saya akag tertekan kerana saya perlu mengejar masa untuk membuat sesi rakaman
ini. Ini kerana saya perlu siapkan sebelum tiba waktu rehat. Malahan saya lihat
ada di antara murid saya yang sudah hilang tumpuan.
3.3 Langkah 2
                3.3.1 Guru keliru dengan melodi
lagu ‘See Saw’
Semasa aktiviti latihan nyanyian
baris demi baris saya sendiri telah keliru dengan melodi lagu tersebut. Ada
‘part melodi’ yang saya nyanyikan salah kerana saya agak kepenatan dalam sehari
dua ini. Selain itu, lagu ini adalah lagu baru yang belum diaplikasikan untuk
tahun 2 KBSR sebaliknya lagu ini untuk murid-murid KSSR tahun depan. Maka saya
tidak sempat nak ‘study’ melodi lagu ini dengan betul.
4.0 CARA  - CARA MENGATASI KELEMAHAN 
4.1 Set
Induksi
4.1.1 Ruang untuk pergerakan guru yang terhad
Saya perlu melapangkan bilik
tersebut terlebih dahulu dan perlu prihatin ruang untuk pergerakan saya
haruslah bebas daripada sebarang halangan. Ini memudahkan pergerakan saya
setiap sudut. Barulah saya mampu mengawal disipilin pelajar saya. Selain, saya
dapat kenal pasti pelajar yang lemah.
                4.1.2 Penerangan guru yang
keliru tentang  cerita Arnab dan
Kura-kura.
Sepatutnya saya perlu study dahulu
jalan cerita tersebut agar bertul-betul faham dan mudah untuk saya memberi
penerangan kepada murid saya. Barulah proses p&p saya akan mencapai tahap
90% ke atas jika dinilai.
4.2 Langkah 1
                4.2.1 Aktiviti latihan
pernafasan dan latihan solfa terlalu padat dan lama
Saya perlu merancang rancangan pengajaran saya dengan sebaik
mungkin agar ia selari dengan objektif yang ingin dicapai pada hari tersebut.
Fokuskan masa  yang paling lama bagi
aktiviti untuk tajuk hari tersebut.
                4.2.2 Lupa memperdengarkan lagu ‘Saya ada belon’
Jadikan amalan tiap kali menjalankan aktiviti latihan nyanyian
lagu baru. Semoga selepas ini saya akan ingat dan dapat mengikut langkah
nyanyian yang betul setiap kali mengajar lagu baru.
4.2.3 Campur adukkan latihan sebutan baris demi baris dan nyanyian
baris demi                            baris.
Sepatutnya perkara ini tidak terjadi. Mungkin kerana saya begitu
tertekan mengejar masa maka saya telah ‘skip’ langkah2 ini dengan tidak
sengaja. Harap selepas ini ia tidak akan berulang lagi. Saya perlu jujur dan
bersikap positif dengan setiap halangan yang dating. Atasi dengan sebaik
mungkin tanpa mengurangkan kualiti p&p saya. Saya perlu merancang masa
dengan sebaik mungkin agar kejadian ini tidak berulang lagi.
4.3 Langkah 2
                4.3.1 Guru keliru dengan melodi
lagu ‘See Saw’
Saya sepatutnya praktis dan biasakan dahulu dengan lagu-lagu
baru  sebelum mengajar murid saya.
Perancangan amat penting dalam melaksanakan proses p&p yang berkesan. Harap
selepas ini ia tidak akan berlaku lagi. 
5.0 PENUTUP
Pada pandanga saya bukan mudah untuk memandang rendah dengan
setiap tanggunjawab kita sebagai pendidik yang cemerlang untuk melaksanakan
p&p yang berkesan dan meningalkan kesan yang mendalam kepada murid kita.
Seharusnya Saya perlu menigkatkan kemahiran saya dari semasa ke semasa tanpa
perlu merasa cukup selesa dengan apa yang telah saya miliki.
Banyak perkara yang perlu diberi perhatian terutama tentang
persediaan  rancangan pengajaran,
persediaan bahan bantu mengajar, elemen-elemen lain seperti  persediaan bilik khas dan darjah selain
daripada masalah disiplin pelajar kita.
Setiap kelemahan seharusnya perlu dikaji dan diperbaiki kelemahan
tersebut. Maka elok benar andai dapat kita sebagai pendidik melaksanakan kajian
tindakan dalam p&p yang cukup memberikan banyak faedah kepada kita sebagai
pendidik. Jadikan kajian tindakan tersebut sebagai bahan wacana dan pembuka
minda kita untuk meneruskan Falsafah Pendidikan Negara demi melahirkan generasi
yang seimbang sesuai dengan pengisian pendidikan alaf ke-21 yang bersifat
global dan terbuka.Sekian.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran      :               Bahasa
Malaysia
Kelas                       :               6
Tarikh                    : 
             3 NOVEMBER 2011
Masa                       :               9.10
– 9.40 pagi (30 minit)
Tajuk                     :               Pengalaman
Indah
Hasil Pembelajaran: Pada akhir
pembelajaran, murid dapat:
        
I.           
membaca
kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang sesuai.
      
II.           
membaca
kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar
serta memahami perkara yang dibaca.
    
III.           
Menjawab
soalan pemahaman secara lisan dan memahaminya. 
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
Nilai :bekerjasama, hormat
menghormati, patuh pada arahan, memberi perhatian,  bertanggungjawab, berbudi bahasa
KBKK : menjana idea, menghuraikan,
mengkategorikan, membuat kesimpulan, mengingat, memahami
Pengetahuan sedia ada :  Murid-murid pernah pergi melancong di dalam
Malaysia
Pelaksanaan Pengajaran
dan Pembelajaran
| 
   
Langkah / Isi
  Pelajaran 
 | 
  
   
Aktiviti
  Pengajaran dan Pembelajaran 
 | 
  
   
Catatan 
 | 
 
| 
   
Set induksi 
5 minit 
 | 
  
   
-         
  Guru
  meminta seorang murid untuk mengendalikan satu permainan meneka huruf. 
-         
  Guru
  memberi sehelai kertas panduan mengendalikan permainan tersebut. Murid
  tersebut mendengar penerangan guru dengan teliti.  
-         
  Murid
  menjalankan permainan bahasa – meneka huruf membentuk perkataan.  
-         
  Perkataan
  yang dicari ialah “Pengalaman indah”. 
-         
  Guru
  menerangkan tajuk pada hari ini. 
 | 
  
   
Nilai : bekerjasama 
 | 
 
| 
   
Langkah 1 
5 minit 
 | 
  
   
-         
  Guru
  mengedarkan petikan “Pengalaman indah”. 
-         
  Murid
  membaca dan memahami petikan. 
-         
  Seorang
  murid membaca di hadapan, manakala murid lain menyemak pembacaan tersebut. 
-         
  Perbincangan
  tentang petikan dari segi isi penting. 
 | 
  
   
Nilai :  
mematuhi
  arahan 
 | 
 
| 
   
Langkah 2 
6 minit 
 | 
  
   
-         
  Perbincangan
  tentang isi petikan. 
-         
  Guru
  memberikan beberapa soalan pemahaman.  
-         
  Murid
  menjawab soalan soalan pemahaman tersebut secara lisan. 
Contoh soalan pemahaman: 
                    
  I.           
  Daripada
  siapakah surat ini? 
                  
  II.           
  Bilakah
  surat ini ditulis? 
                
  III.           
  Kepada
  siapakah surat ini ditujukan? 
               
  IV.           
  Apakah
  tujuan penulis menulis surat tersebut? 
                 
  V.           
  Di
  manakah Lata Kijang ini? 
               
  VI.           
  Siapakah
  yang pernah pergi ke Lata Kijang? 
             
  VII.           
  Apakah
  tujuan kita pergi melancong? 
 | 
  
   
Nilai :  
Memberi
  perhatian, 
Menghuraikan
   
 | 
 
| 
   
Langkah 3 
6 minit 
 | 
  
   
-         
  Guru
  membahagikan murid kepada empat kumpulan. 
-         
  Guru
  menyedarkan kad manila kepada setiap kumpulan.  
-         
  Guru
  memberi penerangan tentang aktiviti yang murid perlu buat dalam kumpulan
  tersebut.  
-         
  Dalam
  kumpulan, murid menyenaraikan tempat-tempat menarik yang telah menjadi
  pengalaman indah mereka ketika melancong. Contohnya Pulau Langkawi, Sarawak
  dan sebagainya. 
-         
  Wakil
  setiap kumpulan membentangkan hasil kerja. 
 | 
  
   
Nilai : 
-bekerjasama 
KBKK: 
Peta
  minda 
 | 
 
| 
   
Langkah 4 
5 minit 
 | 
  
   
-         
  Guru
  meminta murid untuk merujuk semula petikan.  
-         
  Murid
  dilkehendaki menyenaraikan kata adjektif yang terdapat dalam petikan.  
-         
  Selain
  daripada yang terdapat dalam petikan, murid juga dikehendaki menyenaraikan
  kata adjektif lain contohnya cantik, indah, bersih, nyaman, damai, kotor dan
  sebagainya. 
-         
  Guru
  memberi penerangan tentang kata adjektif.  
-         
  Guru
  meminta murid untuk melihat guru dan menyenaraikan sifat guru. 
-         
  Murid
  menyenaraikan sifat guru. Contohnya, gemuk, cantik, baik, rajin, kemas, comel
  dan sebagainya. 
-         
  Kemudian,
  guru meminta murid menyenaraikan sifat seorang rakan mereka yang berdiri di
  hadapan kelas. 
-         
  Kemudian
  guru meminta murid untuk memikir dan menyenaraikan sifat mereka sendiri.  
 | 
  
   
Nilai : 
memahami 
 | 
 
| 
   
Penutup 
3 minit 
 | 
  
   
-         
  Rumusan
  tentang pelajaran hari ini. 
-         
  Murid
  membuat rumusan tentang pelajaran hari ini. 
-         
  Murid
  membuat rumusan. 
 | 
  
   
Nilai : 
Mengingat
   
 | 
 
REFLEKSI
Kelebihan mikropengajaran
Guru berjaya
mewujudkan kesediaan belajar murid dengan merancang dan melaksanakan set induksi
dengan aktiiviti permainan bahasa.
Sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran dijalankan, terdapat kekuatan yang telah dikesan.
Antara kelebihan tersebut ialah suara guru yang kuat dapat didengari dengan
jelas oleh semua murid. Selain daripada itu, guru peka dengan murid yang tidak
mengambil perhatian iaitu dengan meminta murid tersebut untuk membuat rumusan.
Dalam pada itu,
guru juga peka dengan kesilapan murid iaitu terus menegur dan membetulkan murid
yang telah menggunakan bahasa Inggeris ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
dijalankan.
Selain itu, guru
juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dengan murid dapat
belajar secara bersahaja tetapi masih lagi disipin murid terkawal serta murid
dapat belajar dengan tenang. Murid juga dapat memberi respon ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Kelemahan
                Kelemahan pertama yang telah
dikesan ialah pada peringkat perancangan iaitu sepatutnya guru jika objektif
guru adalah membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya pembacaan
yang sesuai, guru hendaklah membanyakkan masa pada langkah ini. Begitu juga
dengan objektif murid dapat menjawab soalan pemahaman secara lisan dan
memahaminya. Ini bermakna, hasil pembelajaran kurang eksplisit, atau lebih
tepat kurang sesuai dengan tahap kebolehan murid.
Setelah selesai
sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, terdapat banyak kelemahan yang
telah dikesan. Antaranya ialah guru sepatutnya menerangkan dengan lebih lanjut
tajuk pelajaran atau makna disebalik tajuk tersebut agar murid dapat memahami
dengan lebih jelas. 
Ketika murid
menulis, sepatutnya guru meminta murid menulis dengan menggunakan tanda baca
yang betul iaitu tidak menggunakan keseluruhan perkataan dengan huruf besar. 
Sepatutnya boleh
meminta murid menulis ayat dengan menggunakan tempat-tempat yang ditulis tadi.
Guru juga tidak membuat aktiviti menulis jawapan daripada soalan pemahaman.
Jika mengikut perancangan, murid perlu menulis jawapan daripada soalan di papan
hitam. Oleh itu, objektif bagi aktiviti ini tidak tercapai kerana murid hanya
menjawab secara lisan bukan dengan menulis.
Ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran dijalankan, terdapat seorang murid dari kelas lain
yang datang ke kelas ini kerana mempunyai urusan dengan salah seorang dengan
murid di kelas ini. Namun, sepatutnya guru hendaklah menyelesaikan setiap
perkara yang berlaku disekeliling walaupun ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran tersebut sedang rancak dijalankan.
Guru boleh
meminta murid untuk menulis kata abjektif di dalam buku atau di papan hitam
agar murid dapat memahami dengan dengan jelas tatabahasa yang telah diajar.
Arahan daripada
guru adalah tempat-tempat yang menarik di Malaysia, namun pada aktiviti
tersebut, terdapat juga murid yang telah menulis luar daripada Malaysia iaitu
Singapura. Guru perlu terus menegur supaya arahan atau kehendak diikuti dan
tidak terkeluar daripada tajuk dan arahan sebenar. Namun begitu, guru tidak
menanggalkan hasil murid (kertas manila) menyebabkan guru tiada ruang untuk
menulis di papan hitam.
Langkah mengatasi
Dalam perancangan
lagi, sepatutnya guru lebih menekankan aktiviti yang menguji kemahiran murid.
Seharusnya guru menggunakan lebih banyak BBM dan aktiviti yang bersesuaian agar
tahap murid diuji.
Guru sepatutnya
meminta murid untuk membina ayat menggunakan perkataan tempat-tempat yang
menarik dalam kumpulan daripada hanya meminta murid menyenaraikan tempat-tempat
yang menarik kerana aktiviti ini adalah aras rendah tidak sesuai dengan tahap
murid tersebut.
Selain daripada
itu, guru boleh juga meminta murid untuk menulis di papan hitam ayat yang
mengandungi kata adjektif agar menerangan tentang kata adjeltif tersebut lebih
jelas.
Guru juga
hendaklah menyediakan “plan A” dan “plan B” bagi sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan. Guru hendaklah menggunakan strategi dan aktiviti
yang tepat dan mengambil kira semua aspek pengajaran dan pembelajaran termasuk
unsur-unsur ICT dan KMD.  Pemilihan
sumber-sumber yang baik dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. 
Guru seharusnya
sentiasa menggunakan kemahiran berfikir dengan jelas dan tepat. Di samping
merancang dan melaksanakan dengan lebih jelas. Boleh juga, guru menggunakan
alat rangsangan yang dapat mencabar keupayaan minda murid.
Guru boleh
melakukan aktiviti menyoal dan menjawab soalan pemahaman secara berpasangan
agar semua murid mendapat kemahiran tersebut.


No comments:
Post a Comment